Pengurusan program dilaksanakan melalui menu
Urus Program PIC. Setelah maklumat program, termasuk tarikh dan masa, berjaya disimpan, sistem akan menjana kod QR secara automatik untuk digunakan dalam proses perekodan kehadiran peserta.
Semasa mencipta program, PIC hanya perlu mengisi maklumat program seperti biasa.
Sekiranya program memerlukan pengeluaran sijil, tandakan (
✔ Mohon Sijil) pada borang program.
TrackNGo menyediakan
dua (2) jenis sijil yang boleh dipohon, iaitu:
- Sijil Kehadiran
- Sijil Penyertaan
Sekiranya pilihan
Mohon Sijil tidak ditandakan, sistem hanya akan merekodkan kehadiran peserta tanpa menjana sebarang sijil.