TRACKNGO DEVELOPMENT JOURNEY

Pencapaian TrackNGo @ iCertPOLYCC

TrackNGo merupakan sebuah sistem pengurusan kehadiran dan sijil digital yang dibangunkan secara berperingkat bermula pada tahun 2023. Pembangunan sistem ini dilaksanakan bagi menyokong transformasi digital dalam pengurusan program, meningkatkan integriti rekod kehadiran, serta memperkasakan proses pengeluaran sijil secara automatik dan berpusat.

🏆
7,992 Total Endorsed Certificates
Last Updated : 31 Jul 2026 | 10:33 PM
📍
9,272 Total Attendance Records
Attendance records successfully stored in the TrackNGo attendance database.
Last Updated : 31 Jul 2026 | 10:33 PM
👥
10,041 Total Visitors
Visitor statistics recorded since 23/11/2025 until to-date 31 Jul 2026
📈
6 Total Login Today
Visitor activity recorded for 31 Jul 2026

TrackNGo Development Timeline

Version 1.0
2023
Smart GPS Attendance

Pada tahun 2023, sistem ini dibangunkan dengan nama eAttendance Event Tracker GPS (EAET-GPS) Version 1.0 yang memfokuskan kepada pengurusan kehadiran program menggunakan teknologi GPS bagi menggantikan kaedah manual seperti senarai kehadiran bertulis dan Google Form.

EAET-GPS Version 1.0 memperkenalkan GPS-Based Attendance Verification bagi memastikan peserta berada di lokasi sebenar semasa merekodkan kehadiran, sekali gus meningkatkan integriti rekod kehadiran. Sistem ini telah digunapakai di Kolej Komuniti Pasir Salak sebelum dijenamakan semula sebagai TrackNGo pada versi berikutnya.

Version 2.0
2024
Enhanced Interface & Geofence

Versi ini memberi fokus kepada penambahbaikan antaramuka pengguna (User Interface) agar lebih moden, responsif dan mesra pengguna.

Sistem turut memperkenalkan Inside Geofence dan Outside Geofence berserta fungsi Red Alert Notification bagi mengesan peserta yang mencuba merekodkan kehadiran di luar kawasan program.

Version 3.0
2025
Integrated Smart Event Platform

Versi 3.0 merupakan transformasi terbesar TrackNGo dengan menggabungkan tiga modul utama dalam satu platform bersepadu.

  • Smart Attendance
  • GPS Verification
  • IntelliCert

Sistem ini digunapakai di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bagi pengurusan program dalaman serta komuniti setempat jika terdapat keperluan bagi pengeluaran sijil bagi pengguna luar. Penukaran nama tidak lagi memfokuskan kepada GPS. Nama diubah daripada EAET-GPS kepada TrackNGo bermulanya pada versi ke 3.

Alpha 4.0
2026
Human-Centered AI Analytics

TrackNGo Alpha 4.0 memperkenalkan konsep Human-in-the-Loop AI atau Human-Centered AI bagi membantu pihak pengurusan membuat analitik data secara lebih pintar.

Dashboard AI membolehkan pemantauan jumlah sijil yang dijana, status pengeluaran sijil, serta mengenal pasti sijil yang masih memerlukan tindakan.

Versi ini turut mengintegrasikan Modul Penilaian Keberkesanan Program bersama ULPL bagi membolehkan analisis keberkesanan program dilakukan secara automatik melalui data maklum balas peserta.

TrackNGo Impact

3

Major Modules

GPS

Inside & Outside Geofence

AES-256

Digital Signature Encryption

100%

Centralized Certificate

Ketiga-tiga modul utama telah memberi impak yang signifikan kepada institusi melalui pengurusan kehadiran dan sijil digital yang lebih sistematik. Proses pengeluaran sijil kini dilaksanakan secara berpusat, mengurangkan penggunaan kaedah manual, meningkatkan integriti data, serta mempercepatkan proses penyediaan sijil kepada peserta.

Bagi memastikan keselamatan dokumen digital, TrackNGo menggunakan Digital Signature Encryption AES-256 yang meningkatkan tahap integriti, kesahihan serta mengurangkan risiko pemalsuan sijil.