Pembangun TrackNGo @ iCertPOLYCC

TrackNGo dibangunkan oleh sebuah pasukan multidisiplin yang komited dalam menerajui inovasi digital bagi pengurusan acara pintar, sistem kehadiran berasaskan GPS, pemantauan kehadiran secara pintar, serta pengurusan sijil automatik melalui platform IntelliCert.

Ts. Nor Hafizah binti Md Desa
Penglibatan Versi 1.0 - 4.0
Project Leader / Developer UI/UX
Mempunyai pengalaman industri sebagai IT Automation Engineer di Intel Malaysia (2015), seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41 bermula tahun 2020 di KUIPs (UniSIRAJ). Mula menjejakkan kaki di dalam POLYCC pada tahun 2022 dan kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bermula pada tahun 2025.
Ts. Salmiah binti Sahlan
Penglibatan Versi 1.0 - 2.0
Database Management System Administrator
Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan DH48 di Kolej Komuniti Pasir Salak. Berpengalaman dalam pembangunan pangkalan data, sistem maklumat serta penyelidikan dan inovasi berteraskan teknologi TVET. Mempunyai pengalaman di dalam bidang PdP selama 19 tahun.
Siti Mariam binti Zainol Abidin
Penglibatan Versi 3.0 - 4.0
System Tester Frontend & Backend
Pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan kini meneruskan perkhidmatan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Berpengalaman dalam PnP dan pembangunan inovasi berteraskan teknologi. Mempunyai pengalaman di dalam bidang PdP selama 20 tahun.
Noor Halawati binti Che Meh
Penglibatan Versi 3.0 - 4.0
Database Management System Administrator
Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Berpengalaman dalam analisis sistem, jaminan kualiti (Quality Assurance), pengurusan projek ICT serta pembangunan sistem berteraskan teknologi digital. Mempunyai pengalaman di dalam bidang PdP selama 19 tahun.